Monday 14 November 2011

Sungai Dalam Bandar

Pernah dengar Sungai Cheonggyecheon?
Kalau sesiapa yang minat cerita korea mesti kenal sungai ni.


 Sungai ini merupakan sungai terbuka, dimana panjangnya 10.92 km dari barat ke timur dan berada di tengah-tengah bandaraya Seoul. Aliran sungai sepanjang 5.8 kilometer yang ditanam di bawah konkrit ketika era pembangunan pada 1960-an. Tahap pencemaran pula adalah antara yang paling buruk di kalangan negara maju.Sungai ini kering tapi air meningkat mendadak ketika musim monsun. Namun, pada masa ini, hanya separuh daripada sungai dipulih, daripada kawasan tengah hingga ke penghujung.




Suasana Suatu Ketika Dahulu
 Sebanyak 120,000 tan air dipam sehari dari Sungai Han untuk memastikan aliran sungai berjalan dengan lancar. Projek ini bermula pada Julai 2003 memakan masa 2 tahun 3 bulan dengan kos sebanyak RM1.4 bilion.

Sebelum ini diatas sungai ini terbina lebuh raya sepanjang enam kilometer dan jalan di bawahnya, ditambah pula dikiri dan kanannya terdapat bangunan perniagaan. Kita boleh bayangkan keadaan pada masa itu yang pesat membangun, dan agak mustahil untuk pulih balik sungai ini.

Lebuhraya di atas sungai.
  Mempunyai penduduk seramai 10 juta, kira-kira dua kali ganda daripada kepadatan penduduk New York. Suhu bandar raya itu turun 3.6 darjah celsius sejak lebuh raya yang menjadi laluan 700,000 kereta sehari itu dirobohkan untuk mewujudkan semula sungai itu.


Sebelum dan selepas.
 Bila tengok kepadatan tempat tu, nampak agak mustahil untuk projek ini dilakukan. Pada awalnya, mungkin ada yang merasakan membazir melaburkan duit berbilion-bilion ringgit hanya untuk pulihkan balik sungai. Tapi bila kita fikirkan perkara ni untuk kebaikan generasi yang akan datang, soal pembaziran itu tidak akan timbul. Tempat seperti ini juga menjadi salah satu tempat tarikan pelancong, secara tak langsung ia juga dapat menambah pendapatan negara. Pada mereka tidak rugi untuk pulihkan balik sungai ini. Jom tengah sungai di tengah bandar ini.






 “Seoul perlu menolak pembangunan keterlaluan dan mengamalkan pendekatan mesra alam untuk menjadi lebih maju pada abad ke-21.Tindakan meroboh lebuh raya enam kilometer dan jalan di bawahnya juga memulihkan warisan Korea, antaranya Jambatan Gwang berusia 500 tahun yang kini adalah satu daripada 22 jambatan yang merentangi sungai ini, memberikan suasana bandaraya yang mesra alam dan memberikan suasana istimewa kepada para masyarakat Seoul”

~~Lee Myong-Bak(Datuk Bandar Seoul)~~

picture by Mr. Google

No comments:

Post a Comment